KENAPA WAKTU SOLAT ADA 2 RAKAAT,3 RAKAAT DAN 4 RAKAAT,
Seorang profesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian
tentang solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh
badan manusia mengandungi dua sel elektrik iaitu sel positif dan sel
negatif.
Hasil kajian profesor
tersebut mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita
bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita diarah meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan
tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan itu mempunyai pelbagai
kelebihan.
Kajian sains mendapati melalui sentuhan badan kita
dengan tubuh badan ahli jemaah lain yang berada di kiri kanan kita akan
menstabilkan cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas
berlebihan , sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan.Manakala
yang berkurangan akan di tarik ke dalam kita.
Setiap kali kita
bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar setelah badan kita
berehat beberapa jam.Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas negatif
dan positif yang hampir seimbang.Oleh itu kita hanya memerlukan sedikit
lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.
Justeru solat Subuh didirikan hanya 2 rakaat.
Seterusnya
apabila sampai waktu tengahari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua
casa ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak
daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih
kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama
turut berlaku di sebelah petang.Kebiasaannya, selepas waktu Asar kita
tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga.
Masa yang diperuntukan pula tidak bergitu lama.Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan
tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Seterusnya
adalah solat Isyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita
sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu
bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak
sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan
tenaga untuk kita bangun malam(qiamullail)
Dalam kajiannya,
professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan
istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang
tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa
kerdilnya diri dan bertapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya dengan
hidayah Allah SWT beliau telah memeluk Agama Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar